[ Selamat Datang ] |
Rabu : 2 April 2025 @ 3 Syawal 1446H
Anda Merupakan Pelawat Ke
|
[ Mursyidul Am ] |
|
[ Waktu ] |
|
[ Kalender Hijri ] |
|
{ Daulat Tuanku } |
|
|
[ Live Traffic ] |
|
|
|
“Sesungguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau, gunung-ganang, lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan merasa terlalu berat, dan manusia sedia untuk memikulnya, sesungguhnya ia sangat zalim lagi sangat jahil”
>> Kepimpinan PAS Pusat 2007 - 2009
Ceramah Umum : Penerangan Isu Semasa |
Wednesday, November 26, 2008 |
Ceramah Umum : Penerangan Isu Semasa
Panel 1 Tuan Haji Mohamad Sabu Naib Presiden PAS Pusat Pengerusi Penggerak Demokrasi & Mobilisasi
Panel 2 Ust Haji Abdul Ghani Abd Rahman AJK PAS Pusat Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
Tarikh : 2 Disember 2008 Tempat : Markas PAS Kawasan PJS (Dataran Pasar MalamTaman Medan) Masa : 9.00 malam
*Urusan tapak gerai, sila hubungi : Saudara Hamizan - 0173541992
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
|
posted by Pemuda @ Wednesday, November 26, 2008   |
|
|
Anak Jati Pahang Tertindas, Kes Kg.Plentong Bakal Terjadi Pula Di Kuantan !! |
Friday, November 07, 2008 |
KUANTAN: Kerajaan UMNO dan BN Pahang nampaknya kini semakin rakus dan drastik melaksanakan agenda pembangunan yang mengadaikan nasib rakyat. Atas nama pembangunan kini, semuanya boleh dilaksanakan tanpa memikirkan kehidupan rakyat marhaen yang harus dibela. Umum masih ingat tentang kes pemaju perumahan yang didalangi oleh puak-puak UMNO merobohkan perkampungan orang-orang Melayu di Plentong Johor baru-baru ini.
Kampung yang didiami oleh hampir 90% ahli UMNO itu, telah dicerobohi sewenang-wenangnya oleh mereka atas nama pembangunan tanpa mengambilkira kediaman itu yang telah di diami hampir 30 tahun oleh penduduk tempatan. Hasilnya, orang-orang Melayu disitu dihalau, rumah mereka dirobohkan dan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Ke mana pemimpin Melayu UMNO untuk membela nasib rakyat ketika itu? Inilah dia sikap sebenar puak-puak UMNO dalam hal seperti itu. Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dan sanggup lakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan "perut" mereka. Kejadian yang berlaku selang beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri itu sungguh menyayatkan hati.
  Beberapa orang penduduk kampung, resah melihat kekecohan berlaku
Hari ini tanggal 6 November 2008, satu lagi kes pula berlaku pula di Bumi Pahang Darul Makmur ini. Namun, ianya masih lagi diperingkat awal dan proses perundingan sedang dilakukan. Mungkin kes-kes seperti ini diilhamkan oleh apa yang berlaku di Kg.Melayu Plentong Tengah, Johor dan beberapa lagi kejadian yang berlaku di seluruh negara selama ini. Kejadian yang berlaku hari ini menunjukkan bagaimana penindasan rakyat miskin yang berlaku di Kg. Selamat, Kuantan. Majoriti penduduk kampung ini adalah terdiri daripada keluarga yang masih menghadapi masalah kemiskinan yang amat ketara. Kampung ini terdiri dari 49 keluarga dengan jumlah penduduk lebih kurang 200 orang. Mendengar namanya sahaja "selamat" tapi kini para penduduk kampung sudah tidak selamat lagi. Mereka bakal dihalau dan diusir bila-bila masa sahaja apabila kawasan kampung terbabit akan dibangunkan oleh pemaju perumahan. Sudah pasti yang mendalangi projek ini ialah puak-puak UMNO, kerana segala kelulusan projek perumahan adalah tertakluk kelulusan pihak Majlis Tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang.
  Pihak polis juga telah dipanggil untuk menyelesaikan kekecohan berkenaan. Berbaju putih, wakil pemaju projek perumahan berkenaan yang biadap itu.
Untuk makluman Kg. Selamat terletak dalam kawasan Parlimen Kuantan yang diwakili oleh YB Fuziah Salleh. Adalah difahamkan YB Fuziah masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada masa ini. Setelah mendapat maklumat, wakil dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen Kuantan telah bergegas ke kampung terbabit untuk membuat tinjauan dan pemantauan. Menurut pihak berkenaan, adalah difahamkan sebelum ini sudah beberapakali penduduk kampung meminta pertolongan mereka. Dipercayai mereka sering di datangi satu kumpulan yang kononnya menwakili syarikat pemaju perumahan untuk memberi notis berpindah kepada penduduk kampung berkenaan. Amat dikesali kerana wakil kumpulan terbabit telah berlagak samseng dan datang ke kamung itu secara kasar serta biadap. Tambahan menarik wakil pemaju perumahan terbabit difahamkan adalah Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan. Maknanya jelas disini segala kerja yang dilakukan ini adalah didalangi oleh puak-puak UMNO sendiri sebenarnya.
Mereka langsung tidak menunjukan rasa hormat terhadap kaum wanita, ibu-ibu, serta orang-orang tua di sana. Bahkan mereka telah beberapakali pergi ke perkampungan itu untuk memberi notis bersifat amaran dan tohmahan. Untuk statistik penduduk kampung ini terdiri daripada keluarga miskin dimana terdapat ibu-ibu tunggal dan ramai yang berpendapatan rendah. Kaum lelaki di sini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan sering ke laut untuk beberapa minggu. Oleh demikian, kumpulan pembuli ini berani mengambil kesempatan ini untuk mengacau keamanan ketika suami tiada di rumah. Susulan daripada itu, wakil penduduk kampung terbabit berkata mereka cuma berharap pihak kerajaan dapat memberi peruntukan rumah kos rendah kepada mereka supaya mereka dapat berpindah secepat yang mungkin. Soalnya sekarang, mana pergi pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk membela rakyat terutamanya orang-orang Melayu? Mereka rupanya jadi "Tali Barut" dalam kes ini !!
[Pahang Daily masih menantikan maklumat lanjut tentang kejadian ini. Apapun kami amatlah berharap agar kejadian merobohkan rumah seperti di Kg.Melayu Plentong Tengah tidak akan terjadi di sini. Namun, bila melihat kepada tindakan biadap yang dibuat oleh wakil pemaju perumahan terbabit mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Tambahan pula mungkin pemaju perumahan turut didalangi oleh pemimpin UMNO dan menjadikan apa yang berlaku di Johor itu sebagai batu loncatan untuk mereka meraih kemewahan. |
posted by Pemuda @ Friday, November 07, 2008   |
|
|
Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel |
Wednesday, November 05, 2008 |
Saidah Hairan Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.
Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.
"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu," katanya.
Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.
Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.
"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.
Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.
Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.
Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-SH
|
posted by Pemuda @ Wednesday, November 05, 2008   |
|
|
- Borang Muhasabah Bulanan
- Hatiku Milikmu [Cerpen]
- Seindah Mawar Berduri [Cerpen]
|
|
|