`...Berjuanglah wahai Ansorullah Dengan matlamat daulah Islamiyah Berkorbanlah wahai yang beriman Dengan harta dan segenap kepunyaan...`

[ Selamat Datang ]

Anda Merupakan Pelawat Ke

[ Mursyidul Am ]
[ Waktu ]
[ Kalender Hijri ]
{ Daulat Tuanku }
[ Live Traffic ]
[ DPPPJS ]

DPPPJS

[ Pesanan Anda ]

Free chat widget @ ShoutMix
[ Gambar Hari Ini ]
[ Video Hari Ini ]

[ TranungKite ]
  • [ Harakah Daily ]
  • [ PAS Selangor ]
  • [ Laman PAS ]
    [ Powered by ]

    A© MBH ArtD'Sign

    Ahmad Za'im

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    “Sesungguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau, gunung-ganang, lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan merasa terlalu berat, dan manusia sedia untuk memikulnya, sesungguhnya ia sangat zalim lagi sangat jahil”

    >> Kepimpinan PAS Pusat 2007 - 2009
    >> Paparan Terkini
    Anak Jati Pahang Tertindas, Kes Kg.Plentong Bakal Terjadi Pula Di Kuantan !!
    Friday, November 07, 2008
    KUANTAN: Kerajaan UMNO dan BN Pahang nampaknya kini semakin rakus dan drastik melaksanakan agenda pembangunan yang mengadaikan nasib rakyat. Atas nama pembangunan kini, semuanya boleh dilaksanakan tanpa memikirkan kehidupan rakyat marhaen yang harus dibela. Umum masih ingat tentang kes pemaju perumahan yang didalangi oleh puak-puak UMNO merobohkan perkampungan orang-orang Melayu di Plentong Johor baru-baru ini.

    Kampung yang didiami oleh hampir 90% ahli UMNO itu, telah dicerobohi sewenang-wenangnya oleh mereka atas nama pembangunan tanpa mengambilkira kediaman itu yang telah di diami hampir 30 tahun oleh penduduk tempatan. Hasilnya, orang-orang Melayu disitu dihalau, rumah mereka dirobohkan dan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Ke mana pemimpin Melayu UMNO untuk membela nasib rakyat ketika itu? Inilah dia sikap sebenar puak-puak UMNO dalam hal seperti itu. Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dan sanggup lakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan "perut" mereka. Kejadian yang berlaku selang beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri itu sungguh menyayatkan hati.


    Beberapa orang penduduk kampung, resah melihat kekecohan berlaku

    Hari ini tanggal 6 November 2008, satu lagi kes pula berlaku pula di Bumi Pahang Darul Makmur ini. Namun, ianya masih lagi diperingkat awal dan proses perundingan sedang dilakukan. Mungkin kes-kes seperti ini diilhamkan oleh apa yang berlaku di Kg.Melayu Plentong Tengah, Johor dan beberapa lagi kejadian yang berlaku di seluruh negara selama ini. Kejadian yang berlaku hari ini menunjukkan bagaimana penindasan rakyat miskin yang berlaku di Kg. Selamat, Kuantan. Majoriti penduduk kampung ini adalah terdiri daripada keluarga yang masih menghadapi masalah kemiskinan yang amat ketara. Kampung ini terdiri dari 49 keluarga dengan jumlah penduduk lebih kurang 200 orang. Mendengar namanya sahaja "selamat" tapi kini para penduduk kampung sudah tidak selamat lagi. Mereka bakal dihalau dan diusir bila-bila masa sahaja apabila kawasan kampung terbabit akan dibangunkan oleh pemaju perumahan. Sudah pasti yang mendalangi projek ini ialah puak-puak UMNO, kerana segala kelulusan projek perumahan adalah tertakluk kelulusan pihak Majlis Tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang.


    Pihak polis juga telah dipanggil untuk menyelesaikan kekecohan berkenaan. Berbaju putih, wakil pemaju projek perumahan berkenaan yang biadap itu.

    Untuk makluman Kg. Selamat terletak dalam kawasan Parlimen Kuantan yang diwakili oleh YB Fuziah Salleh. Adalah difahamkan YB Fuziah masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada masa ini. Setelah mendapat maklumat, wakil dan sukarelawan Pusat Khidmat Parlimen Kuantan telah bergegas ke kampung terbabit untuk membuat tinjauan dan pemantauan. Menurut pihak berkenaan, adalah difahamkan sebelum ini sudah beberapakali penduduk kampung meminta pertolongan mereka. Dipercayai mereka sering di datangi satu kumpulan yang kononnya menwakili syarikat pemaju perumahan untuk memberi notis berpindah kepada penduduk kampung berkenaan. Amat dikesali kerana wakil kumpulan terbabit telah berlagak samseng dan datang ke kamung itu secara kasar serta biadap. Tambahan menarik wakil pemaju perumahan terbabit difahamkan adalah Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan. Maknanya jelas disini segala kerja yang dilakukan ini adalah didalangi oleh puak-puak UMNO sendiri sebenarnya.

    Mereka langsung tidak menunjukan rasa hormat terhadap kaum wanita, ibu-ibu, serta orang-orang tua di sana. Bahkan mereka telah beberapakali pergi ke perkampungan itu untuk memberi notis bersifat amaran dan tohmahan. Untuk statistik penduduk kampung ini terdiri daripada keluarga miskin dimana terdapat ibu-ibu tunggal dan ramai yang berpendapatan rendah. Kaum lelaki di sini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan sering ke laut untuk beberapa minggu. Oleh demikian, kumpulan pembuli ini berani mengambil kesempatan ini untuk mengacau keamanan ketika suami tiada di rumah. Susulan daripada itu, wakil penduduk kampung terbabit berkata mereka cuma berharap pihak kerajaan dapat memberi peruntukan rumah kos rendah kepada mereka supaya mereka dapat berpindah secepat yang mungkin. Soalnya sekarang, mana pergi pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk membela rakyat terutamanya orang-orang Melayu? Mereka rupanya jadi "Tali Barut" dalam kes ini !!

    [Pahang Daily masih menantikan maklumat lanjut tentang kejadian ini. Apapun kami amatlah berharap agar kejadian merobohkan rumah seperti di Kg.Melayu Plentong Tengah tidak akan terjadi di sini. Namun, bila melihat kepada tindakan biadap yang dibuat oleh wakil pemaju perumahan terbabit mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Tambahan pula mungkin pemaju perumahan turut didalangi oleh pemimpin UMNO dan menjadikan apa yang berlaku di Johor itu sebagai batu loncatan untuk mereka meraih kemewahan.
    posted by Pemuda @ Friday, November 07, 2008  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    >> Previous Item
    >> Download
    • Borang Muhasabah Bulanan
    • Hatiku Milikmu [Cerpen]
    • Seindah Mawar Berduri [Cerpen]
    >> Archieve
    >> Kami Peduli
    Link 1
    Link 2
    Link 3
    Link 4
    Link 5
    Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Selatan 2008
    :: Menuju Negara Berkebajikan | PAS For All ::
    © Hakcipta Terpelihara 2008