Kebelakangan ini UMNO PJ Selatan dilihat cuba meraih simpati masyarakat tempatan dengan beberapa agenda yang boleh dikatakan lembab.
26 Januari lalu UMNO PJ Selatan telah mengadakan demo di hadapan Tol NPE Taman medan. Persoalannya, mengapakah hari ini baru UMNO sedar bahawa TOL (Tekan Orang Lalu) menyusahkan masyarakat khususnya di taman Medan? PAS sejak awal lagi telah membantah penubuhan Tol NPE tersebut. PAS telah menyatakan bahawa pembinaan tol tersebut akan mengundang resah gelisah seterusnya memberi kesan yang negatif kepada rakyat.
Buktinya hari ini UMNO mengaku bahawa berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan mereka akibat kenderaan luar yang mengelak dari membayar tol menggunakan laluan pintas di Taman Medan. Sumber : Utusan
|