`...Berjuanglah wahai Ansorullah Dengan matlamat daulah Islamiyah Berkorbanlah wahai yang beriman Dengan harta dan segenap kepunyaan...`

[ Selamat Datang ]

Anda Merupakan Pelawat Ke

[ Mursyidul Am ]
[ Waktu ]
[ Kalender Hijri ]
{ Daulat Tuanku }
[ Live Traffic ]
[ DPPPJS ]

DPPPJS

[ Pesanan Anda ]

Free chat widget @ ShoutMix
[ Gambar Hari Ini ]
[ Video Hari Ini ]

[ TranungKite ]
  • [ Harakah Daily ]
  • [ PAS Selangor ]
  • [ Laman PAS ]
    [ Powered by ]

    A© MBH ArtD'Sign

    Ahmad Za'im

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    “Sesungguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau, gunung-ganang, lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan merasa terlalu berat, dan manusia sedia untuk memikulnya, sesungguhnya ia sangat zalim lagi sangat jahil”

    >> Kepimpinan PAS Pusat 2007 - 2009
    >> Paparan Terkini
    Ketegasan Pemuda PAS Negeri Selangor Perlu Dicontohi
    Sunday, July 27, 2008
    Saidah Hairan
    Mon | Jul 14, 08 | 1:06:13 pm MYT


    Ketegasan Pemuda PAS Negeri Selangor membantah kehadiran ratu dangdut, Mas Idayu dan ratu rock, Ella ke konsert sempena pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor pada 6 Julai lalu perlu diteladani oleh seluruh ahli PAS tanpa mengira status dan jantina.

    Demikianlah, satu tugas dan tanggungjawab berat terpaksa dipikul oleh Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Penyerahan memorandum kepada Kerajaan baru Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu menimbulkan kontroversi yang sengaja diperbesarkan oleh pihak media. Jika memorandum tersebut dihantar kepada Menteri Besar daripada Umno biasanya pihak media tidak mahu menyelitkan berita bantahan dalam akhbar masing-masing.

    PAS sentiasa mengajar ahlinya berfikiran terbuka. PAS bukan saja menjadi pembangkang kepada kerajaan tetapi ahli mereka juga di beri kebebasan untuk mengingatkan pimpinan mereka jika tersilap langkah.

    Inilah uniknya PAS tidak seperti Umno di mana ahli mereka yang seolah-olah dididik menjadi pak turut atau pak angguk.

    Suatu ketika dahulu banyak pihak melebelkan Pemuda PAS mempunyai semangat tak ubah seperti 'Pepsi Cola' apabila digoncang baru mengeluarkan buih dan menyembur. Semangat 'Pepsi Cola' itu sebenarnya tidak wujud dalam kelompok Pemuda PAS Selangor.

    Keberanian mereka tidak menanti arahan daripada pimpinan tertinggi Pemuda di peringkat Pusat. Walaupun Selangor sudah ditadbir oleh PAS, KeADILan dan DAP, tindakan 'check and balance' sewajarnya diteruskan supaya kepincangan dan penyelewengan tidak berlaku.

    Inilah perlunya pengawasan dan pemantauan daripada Pemuda PAS Selangor. Pemuda merupakan sayap kanan parti perlu agresif dan aktif tanpa menunggu arahan demi arahan.

    Penyerahan memorandum kepada Menteri Besar berhubung kehadiran artis dangdut dan rock merupakan satu 'amaran' daripada Pemuda PAS supaya kelalaian itu tidak berulang.


    Apa yang pasti Pemuda PAS Selangor tidak membantah hiburan begitu juga PAS.

    Mereka hanya mahu kerajaan Selangor membatalkan kehadiran Mas Idayu serta Ella dan diganti dengan artis yang lebih bersopan seperti Aikil Hayy, M Nasir dan Mawi.

    Malangnya perkara itu tidak berlaku. Memorandum daripada Pemuda PAS terbiar begitu tanpa ada tindakan susulan daripada pihak kerajaan Selangor. �

    Sekali lagi Ustaz Sallehen terkilan kerana kenyataan Menteri Besar untuk membawa Pemuda PAS menghadap Tuanku Sultan tidak dilaksanakan.
    posted by Pemuda @ Sunday, July 27, 2008  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    >> Previous Item
    >> Download
    • Borang Muhasabah Bulanan
    • Hatiku Milikmu [Cerpen]
    • Seindah Mawar Berduri [Cerpen]
    >> Archieve
    >> Kami Peduli
    Link 1
    Link 2
    Link 3
    Link 4
    Link 5
    Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Selatan 2008
    :: Menuju Negara Berkebajikan | PAS For All ::
    © Hakcipta Terpelihara 2008