`...Berjuanglah wahai Ansorullah Dengan matlamat daulah Islamiyah Berkorbanlah wahai yang beriman Dengan harta dan segenap kepunyaan...`

[ Selamat Datang ]

Anda Merupakan Pelawat Ke

[ Mursyidul Am ]
[ Waktu ]
[ Kalender Hijri ]
{ Daulat Tuanku }
[ Live Traffic ]
[ DPPPJS ]

DPPPJS

[ Pesanan Anda ]

Free chat widget @ ShoutMix
[ Gambar Hari Ini ]
[ Video Hari Ini ]

[ TranungKite ]
  • [ Harakah Daily ]
  • [ PAS Selangor ]
  • [ Laman PAS ]
    [ Powered by ]

    A© MBH ArtD'Sign

    Ahmad Za'im

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    “Sesungguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau, gunung-ganang, lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan merasa terlalu berat, dan manusia sedia untuk memikulnya, sesungguhnya ia sangat zalim lagi sangat jahil”

    >> Kepimpinan PAS Pusat 2007 - 2009
    >> Paparan Terkini
    Hari Ibu: Menurut pandangan Islam. Jawapan kepada Hari Ibu: Pemujaan DEWA golongan Kafir?
    Tuesday, May 20, 2008
    Artikel ini ditulis oleh :
    Muhammad Hakimi Hussain
    Tahun 3, Kuliah Azhar, Mesir.

    Di dalam "entry" yang sebelum ini ana ada menulis tentang sejarah hari ibu yang disambut di negara-negara tertentu. Bahkan perayaan ini disambut dengan asal-usul yang berbeza-beza. Setelah diteliti kembali berpandukan maklumat yang ada, setiap negara yang menyambut HARI IBU ini berbeza-beza tujuannya.

    Sebagai contoh, masyarakat Yunani Purba merayakan Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

    Adakah menyambut HARI IBU bererti menyambut perayaan seperti yang disambut oleh masyarakat kuffar seperti di negara-negara lain?

    Setelah meneliti dan membaca kembali sejarah dan kenyataan tentang Hari Ibu di dalam beberapa makalah, apa yang ana dapat simpulkan adalah perayaan ini disambut mengikut tujuan dan sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

    Rasulullah SAW bersabda;

    إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجر إليه (متفق عليه)

    Maksudny: Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih)

    Pengajaran daripada hadis di atas, walaupun hijrah itu merupakan suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah dan melaksanakannya merupakan suatu ketaatan yang akan dibalas dengan pahala sekiranya dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan seandainya dilakukan kerana niat selain kerana-Nya walaupun ianya perkara ketaatan namun ianya tidak akan diganjari dengan pahala oleh Allah SWT.

    Begitu juga keadaannya dengan sambutan Hari Ibu ini, seandainya dilakukan kerana mengagung-agungkan tuhan selain daripada Allah, maka ianya akan menyebabkan kekafiran yang nyata.

    Di Malaysia, Hari Ibu disambut kerana merealisasikan pengiktirafan yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran;

    وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسانا إما يبلغنك عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما

    Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka anganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [ Al-Isra’: 23]

    dan

    ووصينا الإنسان بوالديه حسنا وإن جاهداك لتشرك بي ما ليس لك نه علم فلا تطعهما إلي مرحعكم فأنبئكم بما كنتم تعملون

    Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [Al-Ankabut: 8]

    Malah Nabi SAW juga bersabda;

    قال رسول الله لرجل حين يسأله : "من أحق الناس بحسن صحابتي؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أمك, قال : ثم من؟ : قال : أمك, قال : ثم من؟ قال : أبوك "

    Maksudnya: Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.

    Malah dengan menyambut hari ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan cara yang terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

    Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:

    1. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.
    2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
    3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

    Dakwah Kepada Non-Muslim.

    Hari Ibu juga merupakan suatu medium dakwah yang sesuai terhadap golongan non-muslim di negara berbilang kaum seperti di Malaysia. Semua agama (tidak kira agama samawi ataupun agama ciptaan) bersepakat bahawa perbuatan memuliakan kedua ibu bapa merupakan suatu amalan yang akan mendapat ganjaran yang baik lebih-lebih lagi di dalam agama Islam.

    عن أبي عبد الرحمن عبد الله ابن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم: أي العمل أحب إلى الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها. قلت: ثم أى؟ قال: بر الوالدين. قلت: ثم أي؟ قال: الجهاد فى سبيل الله.
    ((متفق عليه))

    Maksudnya: Daripada Abi Abdul Rahman Abdullah Ibn berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalah yang paling disukai oleh Allah SWT? Nabi menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berjihad di jalan Allah. (Muttafaqun Alaihi)

    Peluang Hari Ibu seharusnya kita gunakan untuk menjadikannya sebagai suatu wasilah dakwah kepada golongan non-muslim. Islam meninggikan martabat wanita dengan menghalangnya daripada dibunuh dan ditanam hidup-hidup sepertimana yang berlaku di zaman Jahiliyyah. Di dalam agama Islam juga golongan wanita ditatang bagai minyak yang penuh, tidak dibenarkan untuk berpakaian yang menjolok mata, diperintah agar susuk tubuhnya ditutup daripada menjadi santapan manusia yang tidak berhak untuk menatapnya dan ini berlainan dengan apa yang berlaku di negara-negara BARAT.

    Di barat, golongan wanita dilabel sebagai suatu ikon seks yang keterlaluan dan wanita juga diperagakan untuk kepentingan individu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap manusia yang dilahirkan oleh Allah SWT adalah suatu makhluk yang cukup dimuliakan oleh Allah SWT dengan beberapa kelebihan.

    Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-31;

    وعلم أدم أسماء كلها ثم عرضهم على الملائكة فقال أنبئوني بأسماء هؤلاء إن كنتم صادقين

    Maksudnya: Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

    Al-Israa' ayat 70;

    ولقد كرمنا بنى أدم وحملناهم فى البر والبحر ورزقناهم من الطيبات وفضلناهم على كثير ممن خلقنا تفضيلا

    Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

    Kesimpulannya menggembirakan para ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh agama selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan perkara-perkara yang berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas kekufurannya dan menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.

    إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افترى إثما عظيما

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

    -------------------------------------------------------------------------------------------

    Rujukan:

    [1] Tafsir Al-Quran Al-Karim.
    [2] Nuzhatul Muttaqin Syarah Riadhus Solihin [1/314]
    [3] Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah

    posted by Pemuda @ Tuesday, May 20, 2008   0 comments
    Islam Tidak Diukur Dengan Tingkah Laku Ummah
    Oleh : Dato' Dr Harun Din
    Sumber : Harakah Daily

    Soalan: Negara umat Islam, khususnya di Timur Tengah, yang dihuni ramai bijak pandai Islam khasnya ulama-ulama besar, masih menerima pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan 'man made law' seolah-olahnya wajar berbuat demikian dan tidak bercanggah dengan Islam. Mengapa di Malaysia tidak boleh mengikut sedemikian? Mengapa perlu kepada undang-undang Islam? - MOHAMAD KHALID, Bukit Beruntung


    Jawapan: Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan.

    Jika Islam hendak diukur dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu.

    Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

    Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar.

    Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

    Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

    Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.

    Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

    Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

    Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam.

    Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

    Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai.

    Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

    Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

    Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

    Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal.

    Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

    Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal.

    Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

    Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

    Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT.

    Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

    Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."

    Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.

    Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a'lam.
    posted by Pemuda @ Tuesday, May 20, 2008   0 comments
    Masalah penduduk setempat, Adun gesa NPE cari jalan penyelesaian
    Thursday, May 08, 2008

    KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Pihak New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) hairan apabila beberapa kertas cadangan berhubung lebuh raya itu ditolak oleh pihak tertentu, walaupun ia dikatakan memberi kesan 'win win situation' kepada para penduduk berdekatan dan pihak NPE sendiri.

    Kehairanan pihak NPE itu dimaklumkan Adun Taman Medan, Haniza Talha kepada wartawan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak NPE, di pejabatnya di Petaling Jaya, pagi tadi.
    Menurut Haniza, NPE mengakui pihaknya pernah mengemukakan beberapa kertas cadangan berhubung projek lebuh raya itu kepada pihak tertentu sebelum ini, bagaimanapun ditolak pihak terbabit.
    "Saya difahamkan, kertas cadangan itu unjuran dari aduan penduduk sekitar berhubung lebuh raya tersebut dari aspek keselamatan, kadar tol dan sebagainya. Bagaimanapun, pihak NPE masih tidak memperincikan butirannya kerana mereka akan membentangkannya pada pertemuan kedua, 16 Mei ini.
    "Jika ada kewajaran dalam 'proposal' itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan semula cadangan NPE mengikut saluran yang ada," tegas beliau.

    Haniza berkata, lebuh raya yang mula beroperasi pada tahun 2004 itu menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk sekitar dari pelbagai aspek seperti keselamatan, gangguan bunyi dan sebagainya.
    Katanya, penduduk di sekitar Taman Medan dikenakan bayaran RM 1.60 untuk melalui jalan sedia ada yang dibina JKR, sedangkan NPE hanya menaiktarafkan sahaja jalan itu.
    "Biasanya, tol dikenakan pada jalan baru atau lebuh raya. Ini hanyalah jalan lama yang dinaiktaraf. Kita harap dengan pertemuan positif ini akan berterusan pada 16 Mei ini supaya ia dapat mencapai kebaikan untuk penduduk, di samping tidak membebankan NPE," katanya.

    Sebelum ini, penduduk menuntut supaya NPE membina tembok penghadang di sepanjang jalan lebuh raya berhampiran Jalan 2, Taman Dato' Harun untuk keselamatan penduduk kerana banyak kemalangan membabitkan kereta yang menyeberang laluan di hadapan rumah penduduk. Selain itu, penduduk turut mengadu masalah bising dari kenderaan yang melalui lebuh raya itu, di samping risiko kemalangan apabila pengguna motorsikal dari arah Petaling Jaya ke Lebuh raya Persekutuan terpaksa memotong lima laluan kereta untuk ke laluan motorsikal.

    Dalam pada itu, Haniza turut meminta NPE mencari mekanisme terbaik bagi penduduk setempat melalui laluan alternatif seperti pusingan U, contohnya dan memberi potongan harga melalui kad 'Touch n Go' kepada pengguna yang merupakan penduduk setempat. "Jika kita lihat, penduduk di sekitar LDP boleh menggunakan laluan pusingan U. Jadi, mungkin NPE boleh pertimbangkan untuk penduduk di sini. NPE juga mungkin boleh memberi potongan harga kepada penduduk yang menggunakan NPE seperti di Jambatan Pulau Pinang, di mana penduduk yang menempah kad 'Touch n Go' akan hanya membayar sebanyak RM5 berbanding pengguna luar yang dikenakan RM7," jelas Haniza. - mks.

    posted by Pemuda @ Thursday, May 08, 2008   0 comments
    >> Previous Item
    >> Download
    • Borang Muhasabah Bulanan
    • Hatiku Milikmu [Cerpen]
    • Seindah Mawar Berduri [Cerpen]
    >> Archieve
    >> Kami Peduli
    Link 1
    Link 2
    Link 3
    Link 4
    Link 5
    Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Selatan 2008
    :: Menuju Negara Berkebajikan | PAS For All ::
    © Hakcipta Terpelihara 2008